Friday, August 13, 2010

Punca-Punca Pencemaran Darat

Pencemaran tanah adalah disebabkan oleh perbuatan pelbagai aktiviti dan eksperimen manusia. Antaranya ialah pembukaan tanah baru, sisa buangan industri dan agrikultur, lebihan penggunaan pescitida, racun serangga dan sebagainya. Pembukaan tanah baru juga akan menyebabkan kehakisan tanah kerana kepadatan tanah itu sudah longgar. Tanah yang digunakan untuk penanaman akan dibiarkan selepas tanah itu menjadi tidak subur akibat kehilangan elemen. Pengunaan racun serangga dan pescitida yang banyak menyebabkan tanah itu menjadi lebih teruk. Keadaan menyebabkan pencemaran tanah akibat banyak elemen yang membahayakan sedangkan kesuburan tanah itu juga telah hilang. Sisa toksik yang dikeluarkan oleh pelbagai industri tidak dilupuskan dengan baik dan dialurkan ke bawah tanah juga menyebabkan pencemaran.




Selain itu, pencemaran darat juga disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang isu ini dan pengabaian masyarakat terhadap rawatan tanah serta pengamalan pelupusan sampah yang tidak bersistematik. Manusia telah mempraktikan perbuatan yang mencemarkan alam luar pengetahuan mereka. Perbuatan ini mungkin diringankan oleh manusia tetapi ia akan meyebabkan masalah dunia akibat pencemaran.













( TAI LIN YEE 204262 )

No comments:

Post a Comment