Saturday, August 14, 2010

Kesan-Kesan Pencemaran Udara

  • Menjejaskan kesihatan manusia
Akibat pencemaran berlaku, bahan cemar yang terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yang akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.

  • Memberi kesan kepada tanaman

Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya terancam.

  • Pembentukkan hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

  • Kenaikkan suhu di bumi
Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak dan terkumpul di dalam udara. Jadi, suhu di bumi meningkat dan persekitaraan kita menjadi panas. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.

         Loo Lean Hong (207177)

7 comments:

  1. Ilmu yg berguna... membantu sye membuat presantation! thanks you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ia sangat membantu saya untuk mencapai Band 6
      terima kasih banyak-banyak

      Delete
  2. bagus bagus banyak memberi maklumat berkenaan dengan pencemaran udara apa kata kalau saya cadangkan letak lagu di blog ini
    seperti count on me bruno mars

    ReplyDelete