Thursday, August 12, 2010

Kesan-Kesan Pencemaran Air

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Manusia boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.


Kemusnahan Hidupan Akuatik
Aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladagan menyebabkan pencemaran logam berat, pencemaran organic serta peningkatan keledak dalam air. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Kelang, dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, disebabkan kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan.


Kesan-Kesan Yang Lain
Pencemaran air juga akan membawa kesan-kesan yang lain seperti kesan kepada kualiti air, mengurangkan kandungan oksigen terlarut, sistem air bawah tanah tercemar, dan menjejaskan keindahan alam.

( YOONG WOOI LIAM 206864)

No comments:

Post a Comment