Friday, August 13, 2010

Pengenalan Pencemaran Darat

Pencemaran darat adalah tanah yang dicemar oleh bahan-bahan asing yang akan menyebabkan kualiti tanah menurun akibat kewujudan sesuatu bahan kimia atau kekurangan kesuburan tanah. Keadaan ini menyebabkan proses dalam tanah tidak dapat berfungsi dengan  lancar dan baik seterusnya mengakibatkan masalah alam sekitar seperti kepupusan flora dan fauna dan menbahayakan kesihatan orang awam.



Bahan kimia yang paling banyak ditemui dalam tanah yang tercemar adalah  terdiri daripada hidrokarbon, pesitida, bahan toksik industri, limbah minyak kenderaan dan sebagainya. Justeru itu, pencemaran darat dan air adalah saling berkaitan. Apabila suatu tanah dicemar, semasa hujan, air hujan akan membawa bahan kimia yang meresap dalam tanah ke dalam sungai dan memyebabkan pencemaran air. Keadaan ini akan menbahayakan kesihatan orang awam dalam kehidupan seharian.

( TAI LIN YEE 204262 )

No comments:

Post a Comment