Sunday, August 15, 2010

PENGENALAN

                                

Pada zaman yang begitu maju ini, manusia telah mencipta pelbagai jenis barang untuk memudahkan kehidupan harian. Dalam proses kemajuan manusia ini, kita telah melupakan ancaman yang dibawa kepada alam sekitar sehingga bumi kita ini dalam keadaan yang tidak sihat. Pencemaran merupakan masalah yang kritikal pada masa sekarang dan hal ini perlu diselesaikan dengan segera dan efektif. Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, habacahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan keggunaan halal alam sekitar.

Saturday, August 14, 2010

Pengenalan Pencemaran Nuklear

Penggunaan tenaga nuklear telah luas digunakan pada zaman sekarang yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap sumber-sumber tenaga. Minyak asli merupakan sumber tenaga yang paling luas digunakan sekarang tetapi sumbernya yang terhad memaksa manusia ingin mencari sumber alternatif yang lain untuk menggantikannya. Pelbagai sumber tenaga telah ditemui oleh saintis-saintis seperti tenaga air ,tenaga angin ,tenaga ombak dan lain-lain. Sumber tenaga baru yang baru ditemui mungkin tidak dapat menampung penggunaan manusia yang begitu besar. Oleh itu, tenaga nuklear telah menjadi tumpuan saintis sebagai pengganti yang utama. Walaubagaimanapun , pencemaran telah berlaku secara lenyap dalam pembangunan tenaga nuclear ini. ( TOO JUN JIAT 196128)
Penggunaan Tenaga Nuklear

Punca-Punca Pencemaran Nuklear

Punca utama yang mengakibatkan pencemaran nuclear merupakan pembuangan sisa nuclear yang haram. Bahan yang telah digunakan oleh reactor nuclear masih mempunyai kuasa pereputan radioaktif dan memancarkan zarah subaton(sinaran) yang membahayakan alam sekitar.
Selain itu, penyalahgunaan bahan radioaktif juga merupakan salah satu factor yang penting. Penggunaan bahan radioaktif seperti Uranium dan Plutonium yang salah akan menyebabkan peletupan dan pendedahan bahan radioaktif.
Kecuaian manusia semasa pengendalian dengan bahan radioaktif. Kemalangan  di stesen nuclear dan kemalangan semasa mengangkut bahan redioaktif dari satu tempat ke tempat yang lain merupakan kemalangan yang sentiasa berlaku.
(TOO JUN JIAT 196128 )
Index Pengguaan bahan nuklear

Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear

Penggunaan bahan radioaktif yang tidak terkawal sama ada untuk pembangunan atau peperangan akan membawa pelbagai kesan buruk yang menjejaskan alam sekeliling.Contohnya,peperangan nuklear Amerika Syarikat atas kedua-dua bandar di Jepun,iaitu Nagasyaki dan Hiroshima pada 6 Ogos 1945.Bahan nuklear yang tidak dilaksanakan dengan baik juga akan membawa kesan kepada alalm sekeliling.Bahan nuklear yang dibebaskan akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.Kebanyakan spesies akan dimusnahkan kerana kehilangan habitat.




Kawasan yang dijejaskan akan berlakunya kehilangan kesuburan tanah .Ini akan mengakibatkan kehilangan sumber makanan dan sumber protein.Ini kerana bahan nuklear yang dilepaskan akan merosakan kesuburan tanah kawasan tersebut.Kekurangan sumber makanan juga akan menjejaskan bidang ekonomi kawasan tersebut kerana perlunya mengambil keluaran import negara lain untuk memenuhi keperluan makanan .


Bahan-bahan nuklear yang dibebaskan akan menyebabkan manusia yang dilahirkan menghidap pelbagai penyakit,seperti mutasi genetik dan penyakit kanser.Ujian nuklear akan menyebabkan lapisan ozon dimusnahkan sebahagian dan ia menyebabkan manusia terdedah dengan sinaran matahari,selama-selamanya manusia akan menhidapi penyakit kulit.


Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kehilangan nyawa manusia dan juga kemusnahan bangunan.Wabak-wabak penyakit akan merebak kerana persekitaran yang kotor.Kadar kematian yang bertingkat disebabkan penyakit yang merebak akan menjejaskan nama negara dan turut mempengaruhi pendapatan negara.


( LOW WAI KIT 207004)

Langkah-Langkah Penyelesaian Pencemaran Nuklear

Pembinaan fasiliti stesen nuclear yang lebih selamat. Penggunaan bahan pembinaan dan rekacipta yang lebih canggih untuk menghalang pengaliran keluar bahan radioaktif jika berlaku peletupan bahan nuklear.

Pembuangan sisa bahan radioaktif secara sistematik dapat mengurangkan pencemaran. Cara yang sesuai seperti pembuangan geologi dan pengunaan semula merupakan cara jangka panjang yang perlu dipraktikkan.Anda boleh melayari link tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjutan. http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_waste 


Justeru itu ,penamatan eksperimen bahan radioaktif yang tidak membawa kebaikan kepada manusia perlu dilakukan. Pembuatan bom nuclear yang tidak berfaedah perlu dikurangkan agar pendedahan manusia kepada bahan nuclear dapat dikurangkan. 
( LOW WAI KIT 207004)

Pengenalan Pencemaran Udara


Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan negara telah dilakukan. Namun, kegiatan tersebut telah mengakibatkan masalah-masalah alam sekitar ditimbulkan dan berlakulah masalah pencemaran alam sekitar. 




Definisi Pencemaran Udara











------------------------------------------------------------------------------









Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlaku perubahan dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.


Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti sulfur dioksida(SO2), karbon monoksida(CO), karbon dioksida(CO2), nitrogendioksida(NO2) serta ozon(O3), alergen, plumbum(Pb) serta logam-logam dan lain-lain.
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001: Jumlah keluaran bahan-bahan pencemar udara di Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini, iaitu sebanyak (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api idustri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Koid Hui Ying (207159)

Punca-Punca Pencemaran Udara

  • Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.


  • Kenderaan motor
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.


  • Pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.


  • Aktiviti harian manusia
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.





Koid Hui Ying (207159)