Friday, August 13, 2010

Kesan Pencemaran Darat



Kepupusan haiwan dan tumbuhan
Pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak flora dan fauna di negara kita seperti Bunga Pakma , Orkid liar, Burung Enggang, Helang bahu Hitam, Tapir,Badak Sumatera,Orang Utan dan harimau.                                            


Menjejaskan kesihatan Manusia


Sampah-sarap yang di buang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman.Tikus,lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit kepada manusia melalui makanan yang telah disentuh olehnya.Selain itu air yang bertakung di kawasan tersebut akan menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi.


Kekurangan tanah yang sesuai untuk pertanian.
Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian. Ini akan meyebabkan hasil pertanian berkurangan dalam negara untuk sara diri mahupun untuk eksport ke negara lain. 


Menyebabkan pencemaran lain

Pencemaran darat akan mengakibatkan berlakunya pencemaran yang lain seperti perncemaran air ,udara. Bahan pencemaran di darat akan mengalir ke dalam sungai dan laut dan menyebabkan pencemaran air berlaku secara tidak langsung. Bau-bau bahan pencemaran akan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara.
(JUNAIDAH BINTI ABDULLAH 207214)

No comments:

Post a Comment