Saturday, August 14, 2010

Pengenalan Pencemaran Udara


Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan negara telah dilakukan. Namun, kegiatan tersebut telah mengakibatkan masalah-masalah alam sekitar ditimbulkan dan berlakulah masalah pencemaran alam sekitar. 




Definisi Pencemaran Udara











------------------------------------------------------------------------------









Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlaku perubahan dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.


Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti sulfur dioksida(SO2), karbon monoksida(CO), karbon dioksida(CO2), nitrogendioksida(NO2) serta ozon(O3), alergen, plumbum(Pb) serta logam-logam dan lain-lain.
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001: Jumlah keluaran bahan-bahan pencemar udara di Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini, iaitu sebanyak (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api idustri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Koid Hui Ying (207159)

3 comments: