Friday, August 13, 2010

Pengenalan Pencemaran Bunyi


PENGENALAN….

Dalam usaha mengejar kemajuan negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pembangunan projek sering mengabaikan unsur alam sekitar. Kesan-kesan negatif boleh mengugat keamanan masyarakat dari segi kesihatan dan lain-lain .Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif haruslah seimbangkan usaha pengurusan dengan pemeliharaan alam.

Pencemaran ditakrifkan sebagai pembuagan sesuatu serta penghasilan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang boleh menganggu keselesaan serta keselamatan masyarakat. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar1974 pencemaran merupakan perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat fizik dan kimia pada mana-mana alam sekitar dengan melepaskan,menghasilkan serta meletakkan sesuatu buangan sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat
 

Pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin,haiwan atau manusia yang menggangu aktiviti kehidupan manusia.


JENIS-JENIS PENCEMARAN BUNYI
  • Kebisingan Selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.


  • Kebisingan Fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.


  • Hentakan Impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun.Tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.




    • Kebisingan Selang-seli

    Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ia dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

    SITI HUSNA (207208)

    No comments:

    Post a Comment