Thursday, August 12, 2010

Punca-Punca Pencemaran Air





Punca utama pencemaran air ialah aktiviti pengilangan,kegiatan pertanian dan bahan buangan domestik dari kawasan perumahan.
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai terutamanya bahan agrokimia .
Pemprosesan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.

Selain itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, air akan tercemar





( YAP SHI HORNG 207028)

1 comment: