Saturday, August 14, 2010

Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear

Penggunaan bahan radioaktif yang tidak terkawal sama ada untuk pembangunan atau peperangan akan membawa pelbagai kesan buruk yang menjejaskan alam sekeliling.Contohnya,peperangan nuklear Amerika Syarikat atas kedua-dua bandar di Jepun,iaitu Nagasyaki dan Hiroshima pada 6 Ogos 1945.Bahan nuklear yang tidak dilaksanakan dengan baik juga akan membawa kesan kepada alalm sekeliling.Bahan nuklear yang dibebaskan akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.Kebanyakan spesies akan dimusnahkan kerana kehilangan habitat.




Kawasan yang dijejaskan akan berlakunya kehilangan kesuburan tanah .Ini akan mengakibatkan kehilangan sumber makanan dan sumber protein.Ini kerana bahan nuklear yang dilepaskan akan merosakan kesuburan tanah kawasan tersebut.Kekurangan sumber makanan juga akan menjejaskan bidang ekonomi kawasan tersebut kerana perlunya mengambil keluaran import negara lain untuk memenuhi keperluan makanan .


Bahan-bahan nuklear yang dibebaskan akan menyebabkan manusia yang dilahirkan menghidap pelbagai penyakit,seperti mutasi genetik dan penyakit kanser.Ujian nuklear akan menyebabkan lapisan ozon dimusnahkan sebahagian dan ia menyebabkan manusia terdedah dengan sinaran matahari,selama-selamanya manusia akan menhidapi penyakit kulit.


Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kehilangan nyawa manusia dan juga kemusnahan bangunan.Wabak-wabak penyakit akan merebak kerana persekitaran yang kotor.Kadar kematian yang bertingkat disebabkan penyakit yang merebak akan menjejaskan nama negara dan turut mempengaruhi pendapatan negara.


( LOW WAI KIT 207004)

1 comment: