Friday, August 13, 2010

ARTIKEL PENCEMARAN BUNYI

ARTIKEL PENCEMARAN BUNYI

Warga Taman Bakti naik angin

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my




AMPANG 17 Mac - Hanya kerana mahu siapkan projek dengan segera, penduduk sekitar yang terpaksa menanggung akibatnya.
Itulah yang berlaku kepada penduduk Taman Bakti dekat sini yang setiap hari terpaksa berdepan dengan bunyi bising dari sebuah projek berhampiran.
Lebih menyakitkan hati penduduk ialah pencemaran bunyi itu berlaku sehingga ke malam dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Seorang penduduk berkata, apa yang dikesali ialah kerja-kerja pembinaan dijalankan sehingga lewat malam dan tidak mengira sama ada hujung minggu atau cuti umum.
Wanita berusia awal 40-an yang mahu dikenali sebagai Shima itu mendakwa, kerja-kerja pembinaan tersebut mengganggu ketenteraman awam sehingga menyebabkan penduduk susah tidur malam terutama mereka yang mempunyai anak kecil.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati memang terdapat sebuah projek membina pasar raya dan kediaman bertingkat sedang dijalankan di situ. Projek tersebut didapati sudah hampir 70 peratus siap dan sedang giat dijalankan bagi menghabiskan baki pembinaan.
Selain rumah teres, terdapat beberapa blok pangsapuri dan flat berhampiran tapak projek. Antaranya, flat

Taman Bakti yang mempunyai empat blok dengan kira-kira 360 unit. Difahamkan, masalah bunyi dari projek berkenaan sudah mengganggu penduduk sejak kerja-kerja pembinaan bermula hampir tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, keadaan dikatakan semakin teruk sejak akhir-akhir ini, dipercayai kerana projek itu perlu disiapkan sebelum penghujung tahun ini seperti yang dijanjikan oleh pemajunya.Seorang penghuni flat berdekatan, Roslan Shaharan, 57, turut mengakui masalah pencemaran bunyi dan debu berlaku di kawasan tersebut sejak projek membina sebuah pasar raya dan kediaman bertingkat dimulakan hampir tiga tahun lalu.

 MAZNI (207213)

No comments:

Post a Comment