Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik, dan laut.Apabila pencemaran air berlaku, air mengalami perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan jika digunakan.Pencemaran air berlaku sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
( YAP SHI HORNG 207028)
Showing posts with label Pencemaran Air. Show all posts

Thursday, August 12, 2010
Kesan-Kesan Pencemaran Air
Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Manusia boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Kemusnahan Hidupan Akuatik
Aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladagan menyebabkan pencemaran logam berat, pencemaran organic serta peningkatan keledak dalam air. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Kelang, dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, disebabkan kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan.
Kesan-Kesan Yang Lain
Pencemaran air juga akan membawa kesan-kesan yang lain seperti kesan kepada kualiti air, mengurangkan kandungan oksigen terlarut, sistem air bawah tanah tercemar, dan menjejaskan keindahan alam.

( YOONG WOOI LIAM 206864)
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Air
Langkah yang pertama ialah elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang. Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai. Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran. Hal ini dapat mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta banjir
Langkah yang seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari laut dan pantai. Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia ke dalam sungai juga akan diambil tindakan tegas. Penggunaan bahan kimia oleh kilang-kilang juga dihadkan.
(YOONG WOOI LIAM 206864)

Subscribe to:
Posts (Atom)